Monday, January 6, 2014

5 Wanita Terkejam Di Dunia (10 Gambar)

Tangan yang menggoncang dunia, istilah yang paling baik untuk membuktikan wanita mampu berbuat apa sahaja. Yang kami paparkan adalah 5 wanita yang paling kejam dalam sejarah dunia. Kalau ikut kami antara wanita jahat di dunia adalah isteri Abu Lahab kerana terpateri namanya dalam Al-Quran. Tapi kami paparkan beberapa lagi nama lain yang amat terkenal.
Enjoice

5. Myra Hindley




Myra Hindley ini dilahirkan pada tahun 1942 dan merupakan seorang pembunuh bersiri di Amerika Syarikat. Myra dan rakannya, Ian Brady telah menculik dan merogol 5 kanak-kanak yang termasuk penderaan seksual dan pembunuhan 3 kanak-kanak berumur 12 tahun dan dua remaja berumur 16 dan 17 tahun. Pembunuh bersiri ditangkap hasil maklumat dari adik iparnya dan dia mengaku tidak bersalah atas semua jenayahnya. Dia kemudiannya dipenjarakan dan mati dalam penjara pada tahun 2002.


4. Isabelle of Castille


Dilahirkan pada tahun 1451 dan meninggal pada tahun 1504, Ratu bagi daerah Castille, Sepanyol ini adalah pencetus pada penghapusan orang Islam dan Yahudi di Sepanyol. Ratu ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab membantu Christopher Columbus dalam misi pelayarannya. 




3. Katherine Knight


Dilahirkan pada 24 Oktober 1955, dan memegang rekod orang pertama di Australia yang dipenjara seumur hidup tanpa parol. Raksasa ini pernah menghancurkan gigi bekas suaminya dan pada bekas suami yang lain pula dikelar di bahagian leher dan kemudian dia mencungkil mata suaminya itu. Ini dipanaskan lagi apabila suaminya yang lain pula memfailkan dakwaan keganasan ke atas Katherine ini. Namun itu tidak berpanjangan apabila Katherine terus membunuh suaminya itu dengan 37 tikaman yang mengenai tepat kepada organ dalaman yang penting. Dia kemudiannya menyiat kulit suaminya dan dijadikan seperti sehelai pakaian dan digantung di hadapan rumah. Beliau kemudian memasak kepala, punggung untuk diberikan kepada anak-anak jirannya



2. Elizabeth Bathory


Dilahirkan pada 1560 dan mati pada 1614. Dengan pangkat Countess, dia juga merupakan golongan bangsawan di dalam kerabat Hungary. Dia merupakan pembunuh bersiri dan jumlah pembunuhan yang beliau telah lakukan masih tidak dapat dipastikan hingga ketika ini. Dia digelar Blood Countess dan dia tidak pernah dipenjarakan kerana kedudukannya yang sangat tinggi. 




1. Mary Ann Cotton


Pembunuh bersiri pertama Britain ini membunuh ahli keluarganya sendiri menggunakan racun arsenik. Mary Ann yang dilahirkan pada 1832, berkahwin dan dikurniakan 5 cahaya mata. Namun 4 daripadanya mati akibat kegagalan usus dan perut kerana racun arsenik ini, Kemudiannya dia berpindah ke kawasan lain dan dikurniakan lagi tiga cahaya mata namun ketiga-tiganya turut mati akibat penyakit yang sama. Suaminya turut mengalami akibat yang sama dan Mary telah menuntut insurans atas kematian suaminya itu. Mary Ann kemudian berkahwin lain dan dikurniakan dua cahaya mata dan satu daripadanya mati akibat yang sama, keracunan arsenik. Mary Ann kemudian ditangkap dan dihukum gantung.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews