Thursday, December 19, 2013

Top 10 Gambar Termahal Di Dunia (11 Gambar)

Tahukah anda dunia fotografi adalah dunia yang mampu memberikan keuntungan lumayan. Jurugambar yang biasa kita lihat di kenduri-kenduri kahwin mahupun di sidang media sahaja yang tahu nilai setiap gambar yang di ambil dan kadangkala setiap keping gambar bernilai jutaan ringgit. Kami paparkan 10 gambar termahal di dunia setakat ini dan jangan terkejut melihat gambar yang kelihatan biasa tetapi mempunyai seni tersendiri.
Enjoice.

10. Tobolks Kremlin (2009) - USD 1'750'000.00

Gambar yang diambil sendiri oleh Presiden Russia ini telah dijual dalam majlis amal dengan harga diatas pada tahun 2010






9. Billy The Kid (1880) Tintype Potrait - USD 2'300'000.00

Dikatakan ini merupakan 'pose' pertama dalam gambar oleh seorang penjenayah bernama Billy The Kid di New Mexico pada tahun 1880. 



8. 'Untitled #153 (1985) - USD 2'700'000.00

Gambar yang diambil oleh Cindy Sherman ini telah dijual di sebuah lelongan di New York dengan harga di atas



7. The Pond Moonlight (1904) - USD2'928'000.00

Gambar ini telah diambil pada tahun 1904 oleh Edward Steichen di Mamaroneck, New York. Dijual di New York juga dengan harga di atas kepada Sotheby's New York.




6. Los Angeles (1998) - USD 2'900'000.00

Gambar yang diambil oleh jurufoto terkenal bernama Andreas Gursky ini telah dijual beberapa hai sebelum krisis ekonomi melanda dunia pada tahun 1998.




5 . 99 Cent II Diptychon (2001) – USD 3'346'456.00

Satu lagi gambar yang diambil oleh Andreas Gursky pada tahun 1999 dan dijual pada November 2006. Nama gambar ini diambil sempena nama kedai iaitu 99 sen.




4. Dead Troops Talk (1992) – USD 3'666'500.00

Gambar tentera Russia 'Red Army' ini diambil di Moqor, Afghanistan pada tahun 1986 dan dijual pada Christie's dengan harga di atas.



3For Her Majesty (1973) – USD 3'765'276.00

Gambar ini telah diambil oleh Gilbert & George. Tidak banyak diketahui tentang gambar ini melainkan harganya yang mahal



2. Untitled #96 (1981) – USD 3'890'500.00

Sekali lagi gambar yang diambil oleh Cindy Sherman dan dijual dengan harga di atas pada tahun 2012.



1. Rhein II (1999) – USD 4'338'500.00

Satu lagi karya Andreas Gursky dan dijual dengan harga diatas menjadikannya gambar termahal didunia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews