Kita sering disogokkan dengan bidalan 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Namun demikian kita tiada kuasa untuk mengharapkan balasan baik atas apa yang kita beri. Kejadian pelik ini berlaku di Guangdong, China dimana seorang pemandu bas yang di kelar beberapa kali ketika cuba menangkap perompaki yang meragut penumpang dalam bas.
Ada 20 orang penumpang pada waktu ketika petang itu namun tiada seorang pun yang bangun dari kerusi malahan hanya menjadi saksi pergelutan antara pemandu bas dengan perompak tersebut. Konduktor bas dan pemandu bas merupakan suami isteri namun kedua-dua mereka tumpas dengan perompak yang bersenjatakan pisau dan menikam pasangan tersebut. Malahan ada penumpang memetik berkata 'Berapa ramai orang yang akan tolong kalau situasi ini berlaku di hadapan anda? Anda berani?. Bukan setakat itu, ada juga penumpang bas yang menukar tempat duduk mereka ke bahagian belakang bas kerana ingin mengelak dari melihat kejadian tersebut.
Perompak itu kemudiannya diberkas polis tempatan dan pemandu dan konduktor bas ini berada dalam keadaan selamat. Pengajaran dari berita ini, berhati-hatilah anda di jalan raya, dan jangan lupa membantu orang yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment