Friday, November 29, 2013

4 Gajet Yang Sangat Mini Yang Akan Datang

Kita tidak dapat lari dari arus teknologi yang semakin lama semakin banyak alat-alat yang dapat membantu segala urusan kita. Kami paparkan beberapa gajet yang bakal keluar bersaiz mini dan tersangatlah kecil.

1. KANTA LEKAP LCD

Saintis dari Universiti Ghent di Belgium, telah mencipta kanta lekap LCD yang pertama didunia. Walaupun masih dalam proses awal, namun objektif utama saintis ini ialah supaya kelihatan objek-objek beberapa bentuk yang akan timbul terus di hadapan mata. Walaupun masih belum ada prototaip yang dapat dilancarkan, namun perisian pertama yang bakal dimasukkan ke kanta lekap LCD ini adalah berfungsi seperti kalkulator.




2. KOMPUTER TERKECIL DUNIA

Ramai telah mencuba untuk mencipta komputer bersaiz kecil tetapi dengan spesifikasi seperti komputer biasa namun ramai juga yang gagal. Tetapi itu tidak mematahkan semangat David Braben, bekas pereka perisian permainan dan beliau telahpun berjaya mencipta Raspberry PI, iaitu komputer terkecil di dunia.
Dengan bersaiz pendrive sahaja, spesifikasi bagi Raspberry ini ialah 128MB RAM dan 700Mhz untuk processor disamping disediakan video port didalam hasil kerja yang sangat hebat ini



3. ROBOT TERBANG BERSAIZ MINI

Mainan yang boleh dikawal dan boleh terbang adalah impian bagi semua kanak-kanak di dunia ini. Di Universiti Harvard, mereka telah berjaya merekacipta 'Robobee' dimana ia bersaiz syiling sepuluh sen dan seberat 1 gram. Dengan kebolehan untuk terbang didalam bilik seperti lalat, ia menggunakan tenaga dari otot tiruan.



4. GERUDI TERKECIL DI DUNIA

Kepada kaki DIY, ini boleh ditambah kedalam koleksi anda. Dengan menggunakan bateri bersaiz sel dan gerudi ini lebih kecil dari ibujari orang dewasa. Tidak dapat dipastikan fungsi gerudi ini untuk digunakan ke atas apa, kitorang berpendapat mungkin ia dicipta untuk digunakan oleh geng-geng Smurf





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews