Wednesday, October 23, 2013

Wilayah Di Mana Semua Penduduknya Memakai Topeng Gas

Pernahkan korang pakai topeng gas? Topeng gas berbeza dengan topeng muka yang korang pakai semasa jerebu teruk yang sudah menjadi rutin setiap tahun di negara kita. Tapi pernahkah anda terfikir kalau perlu memakai topeng gas sepanjang hari dan semua jiran korang pun pakai. Jangan pelik kerana ini adalah perkara biasa disini


Nama wilayah ini ialah Miyakejima, Jepun dimana kesemua 2700 penduduknya memakai topeng gas setiap hari. Ini disebabkan oleh pengeluaran gas yang berbahaya akibat daripada aktiviti Gunung Oyama, yang merupakan salah sebuah gunung berapi yang masih aktif di dunia ini.







Gunung berapi ini pernah merekodkan letusan terbanyak pada Jun 2000 dimana 17500 letusan dalam tempoh antara 26 Jun hingga 21 Julai tahun tersebut. Letusan dari Gunung Oyama ini boleh mencecah setinggi 10 batu. Jadi memang tidak hairanlah sekiranya debu dan habuk akibat letusan menjadi hiduan penduduk disini saban hari.



Sekarang tempat ini menjadi pusat pelancongan dan penyelidikan dan topeng-topeng gas dijual di merata tempat sekitar pulau ini dan juga jeti-jeti untuk ke pulau ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews