Wednesday, October 23, 2013

Sejarah Menarik Tentang Isyarat Lucah

Isyarat lucah merupakan simbol yang semua orang tahu. Tapi adakah korang tahu dari mana asalnya perbuatan yang tidak bermoral ini? Mari kitorang ceritakan tapi kitorang di Anonbeb tidak menggalakkan anda untuk menggunapakai sebarang isyarat ini. Kalau marah sila ambil wudu' dan berbanyak-banyak istighfar.

1. The Middle Finger

Sinonim the 'F' word yang selalu dijeritkan sebelum pergaduhan besar bermula ataupun kita gunakan isyarat ini kepada pihak yang kita tidak suka. Simbol ini popular pada kurun ke-20 oleh rocker dan ahli muzik punk sebagai tanda pemberontakan dan merupakan simbol yang meluas digunapakai oleh semua lapisan umur.


Direkodkan simbol ini diguna jauh lebih lama dari itu iaitu dari zaman kegemilangan Greece sebagai tanda penghinaan dan tanda 'anal intercourse'.


2. Mooning

Menjadi popular dalam era 1960-an sebagai tanda protes pelajar-pelajar universiti di Amerika Syarikat. Diperkenalkan oleh tentera Roman yang menggunakan isyarat ini kepada tentera zionis dan berlaku pertumpahan darah yang sangat besar bagi kedua-dua pihak



3. Bras D'honneur

Mempunyai banyak nama di seluruh dunia, antaranya 'the banana', 'the umbrella', 'the sleeve-cut' dan lain-lain. Perancis memanggilnya sebagai 'Lengan Kehormatan' dan digunapakai 100 tahun dahulu sebagai tanda penghinaan mereka kepada tentara musuh seperti England dan lain-lain.


4. Fig Hand/Dulya

Popular di negara-negara seperti Slovakia, Slovenia sebagai tanda carutan kepada orang yang dibenci. tetapi di negara Turki, ia digunapakai sebagai tanda menolak sesuatu tawaran dengan menghina sekali pihak yang menawarkan sesuatu itu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews