Wednesday, January 15, 2014

Lagi Gambar Yang Tepat Pada Masanya (25 Gambar)

Kami pernah paparkan gambar ini satu ketika dahulu dan kami kongsikan lagi gambar-gambar yang menakjubkan ini.
Enjoice

Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Hari Tanpa Seluar DI Stesen Keretapi (17 Gambar)

Meskipun sudah masuk musim sejuk bagi benua Eropah dan Amerika, namun ia tidak menghalang dari manusia-manusia kurang akal fikiran ini meraikan satu perayaan yang di panggil 'Hari Tanpa Seluar'.

Perayaan ini di asaskan oleh seorang pekerja swasta di New York yang terlupa memakai seluarnya ketika hendak pergi kerja dan hal itu hanya disedari setelah si pelupa ini menaiki keretapi. Biasanya perayaan yang tidak berapa meriah ini di sambut pada 10 Januari tapi mereka tidak kisah kerana perayaan ini diraikan selama sebulan dan bukan sahaja ia diraikan di Amerika Syarikat, malahan ia juga disambut di Argentina, Russia, Hongkong, Russia dan juga banyak lagi negara.  Tolong jangan ikut mereka.
Enjoice.

Sunday, January 12, 2014

Versi Kecil Dan Besar Binatang Yang Super Cute (30 Gambar)

Ramai manusia yang sukakan binatang yang comel, namun jika kita aturkan versi binatang yang muda dan tua bagaimana pula hasilnya? 
Enjoice

Hadiah Suami Untuk Isteri Yang Menghidap Kanser (32 Gambar)

Pasangan Bob dan Linda Carey merupakan pasangan bahagia sebelum si isteri didapati menghidap kanser payudara pada tahun 2003. Namun, Bob tidak berputus asa dan dalam fikirannya hanyalah untuk membuat isterinya ketawa ataupun senyum walaupun untuk sekejap sahaja.

Beliau memilih untuk memakai skirt balet berwarna pink dan mengembara ke seluruh dunia untuk memberi semangat pada isteri dan juga pada pesakit-pesakitkanser yang lain. Meskipun nampak pelik, tapi kami merasakan niat beliau sangat comel.
Enjoice


Anak-Anak Bermain Sorok-Sorok (19 Gambar)

Pastinya anda semua pernah bermain sorok-sorok ketika zaman kencing dalam seluar, masih pakai pampers lagi. Tahukah anda permainan ini adalah antara permainan kanak-kanak di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak di sekitar umur 7 tahun dan ke bawah, tidak mempunyai pemikiran kognitif tentang pandangan orang lain kepada mereka. Mereka hanya merasa mereka selamat dengan mereka tidak dapat melihat kita. Comel bukan?
Enjoice.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews