Dengan harga sekeping tiket keretapi, berpuluh-puluh ribu penumpang stesen keretapi di Stockholm, Sweden dapat menikmati pameran seni yang terbesar dan paling lama di dunia. Dalam hab bawah tanah keretapi ini, penumpang-penumpang dapat menikmati ukiran, mosaik, lukisan dan macam-macam lagi karya seni dari lebih 150 artis.
Stesen Keretapi Metro di Stockholm ini dibuka pada tahun 1950 dan kerja-kerja seni di dalamnya bermula tidak lama selepas itu. Karya seni yang dipamerkan ini digunakan bukan untuk menarik perhatian pelancong tetapi salah satu cara untuk menenangkan penumpang yang pada mulanya tidak yakin dengan stesen keretapi bawah tanah pada tahun tersebut.
Pihak berkuasa bandar ini menghabiskan sebanyak USD 1'600'000.00 setahun untuk memelihara dan menjaga hasil-hasil seni ini meskipun kebanyakan penumpang dan pengguna stesen keretapi ini lebih berminat pada peranti dan alat komunikasi dari menghargai karya seni di sini.
Enjoice.
No comments:
Post a Comment