Sani merupakam seorang pemuda kampung biasa. Hidupnya berubah apabila beliau termakan darah sendiri ketika sedang memasak. Sejak dari hari itu, beliau menjadi ketagih darah dan mula membunuh orang kampung beliau untuk meminum darah mereka. Namun, ajalnya tidak panjang apabila orang kampung terus menangkap dan membunuh beliau.
Sebelum sampai ke pintu neraka, syaitan menghalang beliau didepan pintu dan memberi Sani peluang untuk menghisap darah tetapi tidak boleh menjadi manusia semula. Antara syarat syaitan yang lain ialah Sani perlu menjadi makhluk yang bernyawa. Lalu Sani terus meminta untuk menjadi kelawar pontianak yang boleh TERBANG dan MENGHISAP DARAH'
Namun ajal Sani sebagai kelawar tidak juga panjang apabila perbuatannya kantoi dan dibunuh oleh seorang penoreh getah. Sekali lagi Sani terserempak di pintu neraka. Syaitan memberi lagi peluang untuk Sani untuk kembali ke dunia dan menghisap darah. Kali ini Syaitan terus menukar Sani menjadi nyamuk, kerana Sani merasa seronok untuk 'BERSAYAP di samping dapat MEMINUM DARAH sepanjang masa.
Tetapi ajal Sani sebagai nyamuk juga tidak panjang apabila mati dibunuh dengan Ridsect oleh seorang tukang kayu. Sekali lagi Sani menghadap Syaitan. Syaitan yang berjumpa Sani untuk ke-sekian kalinya namun masih memberi peluang kepada Sani tetapi kali ini Sani tidak dapat jadi makhluk yang bernyawa lagi.
Sani tidak kisah tapi dia masih lagi mahu 'BERSAYAP DAN MINUM DARAH'.
Syaitan berfikir panjang untuk menukar Sani menjadi apa. Setelah dua jam berfikir, Syaitan terus mendapat idea untuk menukar Sani menjadi SANITA, sebuah tuala wanita. Bukan sahaja dapat menghisap darah malahan ada wing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment