Tahukah anda, ketika korang tengah lena tidur mimpikan Kristin Stewart atau Sofia Vergara tanpa make-up, otak anda menyah-toksin berbahaya yang boleh menyebabkan Alzheimer, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Maiken Nedergaard, seorang professor pembedahan-neuro di Universiti Of Roceshter, New York.
Menurut kajian, semasa korang tengah tidur, aliran cecair cerebrospinal di dalam otak bertambah secara dramatik dan 'mencuci' protein yang berlebihan didalam sel-sel otak ketika korang berjaga.
Kajian membuktikan kenapa manusia dan binatang memerlukan tidur dan juga menyelesaikan misteri di sebalik penyakit 'sleep disorder' dan penyakit-penyakit yang berkaitan otak termasuk Alzheimer.
"Ianya seperti alat mencuci pinggan mangkuk(dishwasher)"- kata Dr Maiken.
Jadi, jom tidur dan mimpikan Nora Danish takpun Nelydia Senrose
No comments:
Post a Comment