Sunday, October 13, 2013

Kalau malas sangat sekarang boleh flush jamban guna Android


Hah, buat tau..buang tau tapi flush lupa plak. Inilah punca utama kenapa banyak tandas awam yang kotor. Bagi mereka yang lupa atau sengaja buat-buat lupa, kini ada cara mudah menerusi Android. Segalanya dihujung jari anda. Nyahtinja anda bisa diuruskan. 

Ia dibangunkan oleh Lixil, sebuah syarikat Jepun. Baru-baru ini ia melancarkan 3 model yang diberi nama Satis yang disertakan dengan Aplikasi Android Satis. Dari aplikasi tersebut, pengguna boleh flush, buka/tutup pelapik tandas dan bersihkan tandas menggunakan bluetooth. Hebat!!



Bukan itu sahaja, anda boleh mendengar musik malah tandas itu dilengkapi 'Toilet Diary' yang akan merakam data kekerapan penggunaanya. Apekejadahnye..wahahah..Iye, sudah tentu pengguna juga perlu menggunakan mangkuk tandas Satis juga.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews